Ceramah Gelombang Biru Barisan Nasional Dan Perikatan Nasional

JASIN 11 Nov–Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menghadiri dua ceramah pada satu malam bersama penduduk tempatan di Kampung Seri Mendapat, DUN Sungai Rambai, sebelum bergerak ke Ceramah Gelombang Biru Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bergandingan dengan Naib Presiden PAS Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad di Kompleks PAS Kawasan Jasin, DUN Rim di sini hari ini.

