Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-20

REPUBLIK FILIPINA 28 Oktober — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-20 di Cebu, Republik Filipina dan disambut mesra oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, TYT Gilberto C. Teodoro Jr., sebelum berkesempatan bergambar bersama ketua-ketua delegasi negara ASEAN menjelang bermulanya mesyuarat.Semoga ADMM kali ini terus memperkukuh kesepakatan dan kerjasama pertahanan ASEAN dalam memelihara keamanan serta kestabilan serantau.

