Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Sesi Kedua Tahun 2026

KUALA LUMPUR 22 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Sesi Kedua Tahun 2026 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur, hari ini.
Sesi pertama yang melibatkan 150 penerima sebelum ini telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera di Istana Negara pada 6 Oktober lalu.

