Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026

TAMBUN, 22 Okt – Pemuda UMNO Bahagian Tambun terus memperkukuh gerak kerja organisasi menerusi penilaian program terdahulu serta perancangan strategik bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi manfaat kepada golongan anak muda.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tambun yang berlangsung beberapa hari lalu menjadi platform untuk menilai pencapaian program, menyusun hala tuju serta mendapatkan pandangan daripada setiap ahli jawatankuasa.

Menurut beliau, perbincangan tersebut turut memberi tumpuan kepada perancangan program dan gerak kerja Pemuda Tambun bagi baki tahun 2026.

Beliau berkata, pandangan serta idea yang dikemukakan oleh ahli jawatankuasa amat penting dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.

“Pendekatan itu juga mencerminkan komitmen Pemuda UMNO Bahagian Tambun untuk terus bergerak secara berpasukan, di samping memastikan suara dan keperluan anak muda setempat diberikan perhatian,” katanya.

Akmal Zharif berharap segala perancangan yang dirangka dapat berjalan lancar serta menghasilkan impak positif kepada masyarakat, khususnya golongan anak muda di Tambun.

“Usaha berkenaan selaras dengan hasrat Pemuda UMNO Bahagian Tambun untuk terus memperkukuh organisasi dan memastikan setiap gerak kerja yang dilaksanakan membawa manfaat nyata kepada komuniti setempat,” tambahnya.- UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO