Mengadakan Pertemuan Dengan Menteri Luar Negeri Jepun

TOKYO 20 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Jepun, TYT Toshimitsu Motegi bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam konteks pertahanan dan keselamatan.
Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas bantuan melalui program Official Security Assistance (OSA), termasuk sistem counter-UAV kepada Malaysia. Malaysia berharap OSA diteruskan pada tahun 2027 dan seterusnya dengan skop lebih menyeluruh, khususnya bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara.

