Mohamad Hasan Hadiri Perbincangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027

SEREMBAN, 20 Okt -Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, petang semalam menghadiri sesi Perbincangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 bersama rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri Sembilan.

Sesi perbincangan itu bertujuan meneliti keutamaan pembangunan negeri dan memperkukuh perancangan kewangan, selain memastikan setiap peruntukan dirangka berdasarkan keperluan serta kepentingan rakyat.

“Perbincangan ini bertujuan meneliti keutamaan pembangunan negeri dan memperkukuh perancangan kewangan, selain memastikan setiap peruntukan dirangka berdasarkan keperluan dan kepentingan rakyat,” menurutnya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan dijadual akan diadakan pada 27 Nov depan. Terdahulu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya bermula 16 Okt ditangguhkan bagi memberi ruang secukupnya untuk merangka belanjawan tersebut. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO