Meninjau Tapak Pembinaan Kompleks Mahkamah Bachok

BACHOK 18 Okt–Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said meninjau tapak pembinaan Kompleks Mahkamah Bachok yang baharu bagi melihat sendiri perkembangan projek serta memastikan pelaksanaannya berjalan dengan baik.
Pembinaan kompleks ini bukan sekadar menyediakan sebuah bangunan baharu, tetapi merupakan pelaburan dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kehakiman kepada rakyat. Kemudahan yang lebih baik dan kondusif amatlah penting bagi memastikan urusan mahkamah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan selesa untuk semua pihak.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO