Kerajaan Percepat Pembangunan Kapasiti Sumber Tenaga – Abdul Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kerajaan akan terus mempercepatkan pembangunan kapasiti penjanaan baharu dari sumber tenaga dengan terpasang 35 peratus menjelang 2030 hingga dan 70 peratus menjelang 2050.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kapasiti yang terpasang di Malaysia hampir mencapai 32 peratus dengan kapasiti sekitar 14, 000 megawat.
Jelasnya, bagi meningkatkan lagi kapasiti pelbagai program sedang dilaksanakan termasuk program skala besar. Kajian itu penting bagi memastikan kapasiti bekalan elektrik yang diperuntukkan kepada pusat data sepadan dengan penggunaan sebenar, sekali gus mengelakkan lebihan kapasiti.
“Terdapat pusat data yang memohon bekalan elektrik pada kapasiti tinggi, tetapi penggunaan sebenar lebih rendah, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keperluan bekalan yang diperuntukkan.
“Kita sedang mengkaji bagaimanakah keperluan sebenar yang harus diberikan kepada pusat data. Ini juga perkara yang setiap kali saya sendiri bangkitkan supaya lebihan elektrik itu tidak digunakan oleh pusat data itu sendiri.
“Kita tahu permintaan pusat data lebih tinggi, tetapi sebenarnya penggunaannya kurang. Ini juga menjadi satu bebanan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dari ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai jaminan bekalan elektrik untuk pusat data serta penggunaan air yang tinggi bagi operasi kemudahan berkenaan.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menjelaskan, kerajaan turut meneliti pemilihan projek pusat data bagi memastikan pelaburan yang diluluskan memenuhi keperluan negara dan memberi manfaat sewajarnya.
“Sudah pasti ada kementerian yang memerlukan pusat data ini. Namun dari segi kajian saya dapati bahawa kita perlu mengkaji sepenuhnya keperluan pusat data ini.
“Ini kerana ada pusat data yang kadang-kadang pada saya dilihat tidak memberi manfaat kepada kita,” katanya lagi.
Tambah Ahli Parlimen Lipis lagi, kerajaan turut memberi perhatian terhadap keperluan sumber itu bagi operasi pusat data supaya tidak menjejaskan bekalan kepada pengguna lain.
“Antara pendekatan boleh dipertimbangkan ialah menggalakkan pusat data menggunakan sumber air di lokasi masing-masing terutama berada berhampiran kolam, bagi mengelakkan kemudahan itu bergantung kepada bekalan yang turut diperlukan pengguna lain,” ujarnya. – UMNO Online
