Akses Maklumat Elemen Penting Bina Masyarakat Terbuka, Telus

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menekankan kepentingan usaha memperkukuh ketelusan dalam penyampaian maklumat demi kepentingan masyarakat dan negara.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata demikian sempena Hari Antarabangsa Akses Sejagat kepada Maklumat yang disambut hari ini.

“Satu peringatan bahawa akses kepada maklumat merupakan elemen penting dalam membina masyarakat yang lebih terbuka, telus dan berakauntabiliti.

“Lebih bermakna lagi, pada hari ini juga akan berlangsung Sesi Pendengaran Awam National Townhall bagi RUU Kebebasan Maklumat 2026,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Azalina berkata RUU berkenaan itu kini sedang melalui penelitian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Justeru ita katanya sesi pendengaran awam tersebut menjadi ruang penting bagi masyarakat dan pihak berkepentingan mengemukakan pandangan sebelum RUU itu dibawa semula ke Dewan Rakyat.

“Kebebasan maklumat bukan sekadar tentang hak untuk mendapatkan maklumat, tetapi juga tentang membina kepercayaan melalui ketelusan dan akauntabiliti.

“Semoga sesi hari ini membawa kita selangkah lebih dekat kepada kerangka undang-undang yang benar-benar memenuhi keperluan rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO