Mohamad Hasan Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Agung Komanwel Di New York

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, memulakan jadual rasmi beliau di New York, Amerika Syarikat dengan menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Komanwel, Shirley Botchwey.

Pertemuan itu antara lain membincangkan hala tuju Komanwel dalam menghadapi pelbagai cabaran global semasa.

Menurut Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya, Shirley turut berkongsi perkembangan serta persiapan menjelang Persidangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Komanwel ke-28 (CHOGM 2026) yang dijadual berlangsung di Antigua dan Barbuda pada November ini.

Pertemuan berkenaan mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh kerjasama dan penglibatan dalam Komanwel, khususnya dalam menangani isu-isu global yang memberi kesan kepada negara anggota.

Mohamad yang tiba New York pada Rabu bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-81 (UNGA 81) bertemakan
“Restoring Trust, Managing Transformation: A United Nations That Delivers for All”.

Mohamad dijadual menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada kira-kira 4.30 petang, 26 Sept (waktu New York), dengan isu-isu utama dijangka merangkumi pengukuhan multilateralisme dan mendukung undang-undang antarabangsa, isu Palestin dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, reformasi PBB dan Majlis Keselamatan, jurang pembangunan serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), di samping inisiatif UN80. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO