Sampaikan Bantuan Kepada Pemilik-Pemilik Sampan Berlesen

MASJID TANAH 18 Sept–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan bantuan kepada pemilik-pemilik sampan berlesen semasa hadir ke Balai Nelayan Pasir Gembur untuk meninjau sendiri keperluan komuniti nelayan, selain menerima taklimat daripada JKR Melaka berhubung pembinaan Balai Nelayan Baharu Pasir Gembur hari ini.Turut hadir EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
