Menyaksikan Pemeteraian Memorandum Persefahaman Kerjasama

JAKARTA 17 Sept–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan bersama Menteri Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Republik Indonesia, YT Bapak Haji Yandri Susanto.
Pertemuan ini turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman Kerjasama Pembangunan Luar Bandar antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Kementerian Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Republik Indonesia (KEMENDES PDT).
