Lawatan Kerja Ke Jakarta

JAKARTA 17 Sept–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi memulakan lawatan kerja yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.
Ketibaan disambut mesra oleh Dr. Ir. Ahmad Haikal Hassan, Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Republik Indonesia; TYT Datuk Muzafar Shah Mustafa dan perwakilan Malaysia.
