Berkunjung Ke Medan Selera Bandar Penawar

PENGERANG 4 Sept–Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkesempatan bersarapan di Medan Selera Bandar Penawar sambil bertemu dengan pengunjung dan beramah mesra dengan para peniaga di sini hari ini.
Turut menerima taklimat daripada YDP Majlis Perbandaran Pengerang, Tuan Norazmi bin Haji Amir Hamzah, mengenai perancangan untuk menaik taraf medan selera ini agar kemudahannya menjadi lebih selesa kepada peniaga serta pengunjung.

