Menjawab Soalan Ahli Parlimen Sibu

KUALA LUMPUR 15 Julai–Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sibu berhubung isu hakisan tebing Sungai Baram di Long Ikang, Sarawak pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15.
Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keselamatan penduduk, rumah panjang, harta benda serta kemudahan awam di kawasan berkenaan.

