Jelajah TVET MARA Peringkat Negeri Johor 2026

ISKANDAR PUTERI 5 Julai–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa hadir dalam Program Jelajah TVET MARA Peringkat Negeri Johor 2026 di sini hari ini.
Johor hari ini sedang melangkah sebagai antara pemacu utama ekonomi negara. Namun bagi saya, kemajuan sesebuah negeri bukan hanya diukur melalui pelaburan atau pertumbuhan ekonomi, tetapi sejauh mana anak-anak tempatan bersedia mengisi peluang yang sedang diwujudkan. Sebab itulah TVET menjadi antara laluan terbaik untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang mampu memacu pembangunan Johor.

