Program Sehari Di Parlimen Gerik

GERIK 30 Mei–Pengerusi MARA merangkap Setiausaha Agun UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bermula seawal pagi Solat Subuh berjemaah bersama penduduk setempat di Masjid Al-Rahmaniah, Kg. Kerunai sebelum sarapan pagi di kediaman Cikgu Usop, Ketua UMNO Cawangan Kerunai sambil beramah mesra bersama masyarakat kampung.
Kemudian diteruskan dengan Majlis Korban anjuran NGO MyFund Action dan MARA di Kg. Pahit Luar serta PPMS Bukit Buluh yang berlangsung dalam suasana penuh kekeluargaan bersama masyarakat tempatan.
Selain itu turut memenuhi 19 undangan majlis kenduri perkahwinan, aqiqah dan Aidiladha seharian hari ini di sekitar Kuak Hulu, Kg. Air Panas, Selarong, Taman Tasek Permai, Kg. Tun Saban, Klian Intan, Air Musang, Rancangan Plang, Kg. Tersusun Jong, Kg. Kerunai, Batu 6, Bandariang, Kg. Bersia Lama dan Felda Bersia hingga ke petang.

