Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II

IPOH 27 Mei–Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II di sini hari ini.
Berangkat sama, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Raja Muda Musa & DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

