Mengadakan Pertemuan Dengan Menteri Luar Myanmar

NAY PYI TAW 19 Mei–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Myanmar TYT Tin Maung Swe di sini hari ini.
Bertukar pandangan dan mendengar swndiri perkembangan semasa di Myanmar, termasuk usaha-usaha ke arah penyelesaian yang aman dan inklusif, serta kepentingan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat yang memerlukan tanpa sebarang halangan.

