Kunjung Hormat Kepada Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

PUTRAJAYA 19 Mei–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan satu kunjung hormat kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup di pejabat beliau di sini hari ini.
Pertemuan ini memberi ruang untuk bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan sumber asli, kelestarian alam sekitar serta usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan mampan.

