Mengetuai Delegasi Perak Dalam Misi Pelaburan Kerajaan Negeri

SHANDONG 18 Mei–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengetuai delegasi Perak dalam misi pelaburan Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Urusan dimulakan dengan pertemuan bersama Shuifa Energy Group Co Ltd. yang turut disertai Perak SADC.
Pertemuan memberikan indikasi yang sangat baik apabila syarikat terbabit menyatakan minat untuk melabur antara RM180-200 juta bagi pelaksanaan projek tenaga baharu berkonsepkan Floating Aqua-Voltaic Project di Negeri Perak.

