Semoga Memperolehi Haji Yang Mabrur

AYER KEROH 19 Mei — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama barisan pimpinan negeri berkesempatan mengiringi majlis pelepasan sempena keberangkatan menunaikan Ibadah Haji oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan isteri, YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman di Istana Melaka. Kerajaan Negeri Melaka serta seluruh rakyat Melaka, menzahirkan doa agar perjalanan ibadah TYT Tun dan isteri sentiasa dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi Allah SWT sepanjang berada di bumi haram serta memperoleh haji yang mabrur dan diterima segala amal ibadah.

