Program Dutch Trade Mission to Malaysia

CAMERON HIGHLANDS 19 Mei — Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, yang berkenan berangkat ke Agropark bagi Program Dutch Trade Mission to Malaysia di Cameron Highlands. Misi perdagangan ini bertujuan memperkukuh sektor pertanian moden, memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pembangunan ekonomi khususnya di Cameron Highlands dan negeri Pahang secara keseluruhannya.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO