Merasmikan Mesyuarat Agung Veteran UMNO Bahagian Jasin.

JASIN 16 Mei – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merasmikan Mesyuarat Agung Veteran UMNO Bahagian Jasin. Majlis tersebut bukan sekadar sebuah mesyuarat agung, tetapi majlis penghormatan kepada insan-insan yang telah mengorbankan usia, tenaga dan kesetiaan demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.Turut hadir Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh Akmal, Ketua Bahagian UMNO Jasin serta semua pimpinan UMNO Bahagian Jasin.

