Majlis Peluncuran PROWIRA – Ready to Work (RTW) Graduan dan Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2026

KUALA LUMPUR 14 Mei–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Peluncuran PROWIRA – Ready to Work (RTW) Graduan dan Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2026 di sini hari ini.
Kesejahteraan anggota ATM merupakan tonggak penting Kementerian Pertahanan dan sebahagian daripada tanggungjawab moral kerajaan terhadap mereka yang telah berkorban demi kedaulatan serta keamanan negara.

