Kemelut Politik Perlis: Siapa Pertahan Kerjasama?
🔴 Kemelut yang berlaku dalam kerajaan negeri Perlis kian panas. Kehadiran atau campur tangan Pengerusi PN Perlis dengan kenyataannya yang kemelut ini “akan berakhir secara adik beradik” tidak menjadi. Episod semakin panas apabila PAS mengambil tindakan drastik memberhentikan keahlian ketiga-tiga ADUN mereka
yang membuat SD hilang kepercayaan kepada YAB Ahmad Shukri sebagai MB.
⚫️ Tindakan tegas dan berani.
Sebenarnya tindakan sebegini pernah juga dilakukan oleh UMNO. Malahan mereka yang dikenakan tindakan tersebut adalah mereka yang mempunyai kedudukan besar. Namun, tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan UMNO ini dipandang sinis. Pelbagai tohmanan dilemparkan Kepada Presiden UMNO ketika itu. Kononnya, tindakan tersebut untuk menjaga kedudukan presiden. Tidak boleh menerima pandangan yang berbeza. Antara yang kuat menghentam tindakan kepimpinan UMNO ini adalah pihak PAS.

🟣 Kini, mereka mengambil tindakan yang sama. Situasinya mungkin berbeza tetapi matlamatnya satu. Menjaga keutuhan parti.
🟢 Berikutan tindakan tegas danipada PAS. ramai yang ternanti-nanti, apakah akan ada tindakan yang sama daripada Bersatu. Sehingga saat ini, belum lagi terjumpa sebarang kenyataan rasmi daripada Bersatu. Tertanya-tanyalah juga, apakah langkah ini sebenarnya mendapat restu daripada kepimpinan pusat mereka. Hingga ada yang menggelar isu ini sebagai “Langkah Kuala Perlis”. Dalam masa yang sama, Bersatu juga telah menghantar tiga nama ke istana sebagai calon MB. Kegelojohan ini mungkin juga bertujuan menyekat daripada PAS terus membolot jawatan berkenaan. Tiada langsung diberikan kepada Bersatu. Peluang yang ada ini tentu tidak mahu dipersia-siakan.
🟡 Kalau diikuti secara dekat tentang kepanasan politik dalam negara kita, apabila ada isu begini, berebut-rebut kepimpinan Bersatu membuat kenyataan dan ulasan. Apabila kena parti sendiri terlibat, lidah kelu untuk berbicara, jari cramp untuk menaip ?
🔵 Sebagai pemerhati, kita juga ingin melihat keseriusan tindakan Bersatu. Apakah Bersatu rakan susah dan senang atau rakan di kala senang, susah tanggung sendiri?

Ruzaini Rais
Ketua UMNO Bahagian Padang Besar
