ADUN Mahkota Terus Prihatin, Santuni Pelbagai Kelompok Rakyat
KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah meneruskan komitmennya dalam menyantuni masyarakat setempat menerusi beberapa program kemasyarakatan di kawasan.
Syed Hussien yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang menerusi hantaran di media sosial, memaklumkan bersama dengan rakyat menerusi Program Dapur Kasih Mahkota, anjuran bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Kluang.
Berlangsung di Pasaraya Target, program berkenaan melibatkan seramai 50 penerima dari Mahkota.
“Alhamdulillah,semoga dengan perbelanjaan pada hari ini dapat meringankan sikit belanja bulanan mereka pada bulan ini,” katanya.
Beliau seterusnya berbesar hati ke Rumah Anak Yatim Agape Shelter Kluang bagi menyantuni penghuni dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Katanya, kunjungan itu bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga sebagai tanda prihatin dan sokongan moral kepada mereka yang kurang bernasib baik.
“Selesai dapur kasih,saya balik ke Pusat Khidmat untuk mesyuarat bersama Sdr Pudin mengenai Team Muzikal.
“Pada belah petang, saya ke Rumah Anak Yatim Agape Shelter Kluang bagi memberikan sumbangan kepada anak-anak ini.
“Harap pihak rumah anak yatim ini dapat menjaga mereka sehingga berjaya pada masa akan datang,” ujar beliau. – UMNO Online
