Ahmad Zahid Pengerusikan Sesi Pre-Council Bersama Delegasi Malaysia Di Phnom Penh

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan hari kedua lawatan rasminya ke Kemboja dengan mempengerusikan sesi pre-council bersama delegasi Malaysia di Phnom Penh.

Dalam sesi berkenaan, beliau mendengar taklimat terperinci mengenai keseluruhan perjalanan misi diplomatik serta rangka pertemuan rasmi yang dijadual berlangsung sepanjang hari ini dan esok.

Menurut Ahmad Zahid menerusi hantaran dalam laman Facebooknya, jadual lawatan kali ini cukup padat dan melibatkan pelbagai sesi penting bersama kepimpinan tertinggi Kemboja.

Justeru katanya, penyelarasan rapi amat diperlukan bagi memastikan setiap perancangan berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

“Moga segala urusan hari ini dipermudahkan dan membawa hasil yang bermakna kepada hubungan dua hala Malaysia-Kemboja,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO