Mohamad Hasan Sampaikan Sumbangan Menjelang Sambutan Deepavali
SEREMBAN, 13 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan terus menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat berbilang kaum apabila menyampaikan sumbangan sempena menjelangnya sambutan perayaan Deepavali yang bakal tiba minggu hadapan.
Dalam program berkenaan, beliau menyampaikan sumbangan kepada seramai 1,557 penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan golongan fakir miskin.

“Alhamdulillah, seramai 1,557 masyarakat kaum India menerima sumbangan yang terdiri dari warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.
Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selain turut menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bantuan perubatan kepada individu yang memerlukan.
selaras dengan komitmen beliau untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada perhatian.

Beliau berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kos kehidupan seharian penerima, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan serta keprihatinan terhadap semua lapisan masyarakat menjelang perayaan Deepavali.
“Moga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kos kehidupan seharian mereka,” katanya lagi. – UMNO Online
