Isu Bossku… Gulam Muszaffar Tepis Dakwaan Ketua UMNO Bahagian Berpura-pura

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menepis dakwaan seorang individu membabitkan tuduhan terhadap ketua-ketua UMNO bahagian.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata, ini kerana mengatakan ketua-ketua UMNO bahagian berpura-pura berjuang untuk Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak berasas, sambil mengakui tidak mengenali individu terbabit.

“Terus terang saya katakan tidak pernah mengenali siapa gerangan Datuk Talahah yang membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung addendum diraja Bossku di laman sosial Facebook.

“Apa niatnya pun saya tidak tahu? Menfitnah kami ketua-ketua UMNO Bahagian dengan menyatakan bahawasanya berpura-pura untuk berjuang isu addendum diraja bossku yang bertujuan memeras Perdana Menteri untuk dana untuk persiapan pilihan raya sebanyak RM1 juta bagi satu Dewan Undangan Negeri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Gulam Muszaffar malah menyifatkan pihak terbabit memberikan pahala percuma kerana berhalunisasi di sebalik dakwaan yang tidak berasas.

“Maaflah, saya rasa Datuk Talahah ini terlebih minum ketum atau kena vape perisa magic mushroom yang boleh mengkhayalkan dan berhalusinasi.

“Akhir kata, alhamdullilah terima kasih kerana memberi pahala percuma kepada kami dan jumpa di Padang Mahsyar kerana menfitnah kami,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79