ASEAN Lancar Deklarasi Kuala Lumpur 2045, Mohamad Hasan Sifatkan Langkah Besar Ke Arah Masa Depan Bersama
KUALA LUMPUR, 27 Mei – Detik bersejarah tercipta apabila para pemimpin ASEAN memeterai Deklarasi Kuala Lumpur – ASEAN Community 2045: “Masa Depan Bersama” sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di ibu negara.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Timbalan Presiden UMNO, menyifatkan deklarasi ini sebagai simbol komitmen kolektif ASEAN untuk memperkukuh integrasi serantau dan memperjuangkan kemakmuran yang inklusif serta saksama.
“Alhamdulillah,terlakar satu lagi detik bersejarah buat rantau ini. Deklarasi ini bukan sahaja mencerminkan kesepakatan negara-negara ASEAN, tetapi juga memberi tumpuan kepada masa depan yang lebih bersatu, berdaya tahan dan berteraskan rakyat menjelang tahun 2045,” ujar beliau.
Ujarnya, deklarasi ini menjadi simbol komitmen kolektif ASEAN untuk memperkukuh integrasi serantau, memperjuangkan kemakmuran yang inklusif dan saksama, serta membina sebuah komuniti ASEAN yang lebih bersatu, berdaya tahan, dan berteraskan rakyat menjelang tahun 2045.
Semalam, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 mencatat detik bersejarah apabila ASEAN secara rasmi melancarkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita, yang menjadi penanda aras baharu hala tuju pembangunan rantau ini bagi dua dekad akan datang. – UMNO Online