Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah

PUTRAJAYA 19 Mei–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bil. 1 Tahun 2025 bagi memastikan pendekatan menyeluruh, strategik dan tegas diambil dalam membanteras gejala ini.
Mesyuarat hari ini telah meluluskan Pelan Komunikasi Antidadah 2025–2027, sebuah pelan strategik yang menumpukan kepada perubahan sikap, peningkatan kesedaran, dan penyampaian maklumat yang tepat melalui sinergi pelbagai agensi ke arah gerakan nasional melawan dadah secara kolektif.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79