Menyerahkan Barangan Sistem Logistik Kecemasan Bencana ASEAN

NAYPYIDAW (Myanmar), 5 April — Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili Malaysia tiba di Myanmar, hari ini, bagi melaksanakan misi kemanusiaan ke Myanmar susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas.
Sejurus tiba, Mohamad bersama dengan pasukan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre) menyerahkan barangan Sistem Logistik Kecemasan Bencana ASEAN (DELSA) kepada Jabatan Pengurusan Bencana Myanmar.
DELSA merupakan inisiatif di bawah AHA Centre yang menyediakan sokongan logistik kecemasan kepada negara-negara anggota ASEAN yang terjejas akibat bencana.