Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia

RIYADH 11 Dis–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menghadiri dan mempengerusikan bersama rakan sejawat, Yang Mulia Putera Faisal bin Farhan Al-Saud, Menteri Luar Arab Saudi, mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC) di Kementerian Luar Negeri Arab Saudi.
SMCC adalah mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama dan bertindak sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara dalam lapan bidang utama iaitu politik, keselamatan, pertahanan, perdagangan serta pelaburan, tenaga dan alam sekitar, hal ehwal Islam, pendidikan serta sosiobudaya.

slider
