KUALA LUMPUR 28 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Kecemasan Penyelarasan Bencana Banjir di ibu pejabat Majlis Keselamatan Negara bersama agensi-agensi yang terlibat.
Sehingga jam 12:00 tengah hari tadi, laporan menunjukkan bahawa tujuh negeri melibatkan 22 daerah telah terjejas. Seramai 41,506 mangsa daripada 12,520 keluarga kini ditempatkan di 325 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kelantan mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 30,533 orang daripada 9,222 keluarga ditempatkan di 156 PPS. Daerah Pasir Mas paling terjejas dengan 12,131 mangsa. Sementara itu, Terengganu membuka 150 PPS, dengan jumlah mangsa tertinggi dicatatkan di daerah Besut dan Hulu Terengganu.
der