MELAKA, 26 Nov — Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin (tengah) bergambar bersama para pelajar sempena Program Jelajah Suntikan Semangat Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput di sini hari ini. Menjelajah 4 buah sekolah bagi Program Suntikan Semangat Menyantuni Calon Sijil Pelajaran Malaysia Peringkat DUN Paya Rumput untuk berjumpa dengan 764 org calon-calon SPM yang bakal menjalani peperiksaan tidak lama lagi.