KUALA LUMPUR 12 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mendengar dan meneliti sesi pembentangan Pelan Strategik Penyelaras Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Parlimen yang bertujuan untuk memperkukuh dan memantapkan sektor TVET sebagai pilihan utama golongan muda negara kita.
Dalam usaha ini, kita mahu memastikan bahawa TVET ini bukan sekadar laluan pendidikan alternatif, tetapi juga sebagai pemangkin kerjaya di masa hadapan yang relevan dan berdaya saing dalam sektor ekonomi serta industri negara.