Raikan Kecemerlangan Pendidikan Anak-anak Warga ATM

KUALA LUMPUR 6 Nov — Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meraikan anak-anak ATM di dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan. Mereka diraikan atas kejayaan dalam peperiksaan SPM yang lalu. Tahun ini menyaksikan seramai 295 orang pelajar menerima sumbangan hasil kejayaan mereka yang merupakan satu peningkatan daripada tahun lalu iaitu seramai 275 orang pelajar. Selain dalam soal kesiagaan angkatan, MINDEF memberikan perhatian kepada kesejahteraan warga dan keluarga ATM, termasuklah dalam pendidikan.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.