Raikan Kehadiran Pelancong Ke Melaka

MASJID TANAH 6 Nov—Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berbesar hati menyambut ketibaan pelancong dari Hungary yang mengadakan lawatan ke Eco Cruise Sungai Linggi, Paya Lebar, Masjid Tanah. Sejumlah 38 pelancong Hungary menikmati keindahan produk eko pelancongan di Paya Lebar. Para pelancong teruja menikmati pengalaman menaiki bot Eco Cruise Sungai Linggi, menyaksikan kawasan penternakan ikan dalam sangkar, Taman Lokan, Kota Simpang, menikmati hidangan di Restoran Terapung, dan banyak lagi tarikan lain di Sungai Linggi.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.