BN Dan PH Sabah Adakan Pertemuan Tidak Rasmi

KOTA KINABALU, 5 Nov – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini mengadakan pertemuan tidak rasmi sebagai langkah untuk memupuk semangat perpaduan dan memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua parti. Pertemuan tersebut disertai Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Raden; Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup; Pengerusi MCA Sabah, Datuk Teah Heok Kuin dan Pengerusi MIC Sabah Peer Muhmad Kadir manakala kepimpinan PH ialah Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud; Pengerusi DAP Sabah, Jannie Lasimbang; Timbalan Presiden UPKO, Datuk Donald Mojuntin dan Pengerusi Amanah Sabah, Lahirul Latigu.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.