Bertemu Dengan Anak-Anak Johor

 

SOUL 1 Nov–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi Kerajaan Negeri berpeluang bertemu dengan anak-anak Johor di Korea dalam sesi ramah mesra yang berlangsung di Itaewon hari ini
Sesi ini telah dihadiri oleh 47 orang anak Johor yang sedang melanjutkan pelajaran di Korea dimana ia bukan sahaja bagi merapatkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Bangsa Johor di Korea, malah mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama kita. Saya amat bangga melihat semangat mereka dalam membawa nama negeri Johor dan negara Malaysia ke peringkat antarabangsa.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.