SOUL 31 Okt–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi Kerajaan Negeri dalam Lawatan Kerja ke Korea dan mengadakan perjumpaan dengan beberapa syarikat pelabur berpotensi GreenBio, LG Chem dan K-DOC Inc di sini hari ini. Perjumpaan bersama syarikat-syarikat ini penting khususnya dalam mewujudkan peluang kerjasama yang strategik dalam sektor teknologi hijau, kimia, dan perubatan, di mana Johor berpotensi menerima pelaburan besar dalam pembangunan industri masa depan.