Penyerahan Dan Perasmian Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Negeri Melaka Tahun 2024

MASJID TANAH 25 Okt–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hadir ke Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Negeri Melaka Tahun 2024 di SK Pengkalan Balak hari ini. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Dato’ Azhar Arshad, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka Datuk Hameed Basheer, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Datuk Rosli Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, JKR Malaysia Datuk Ir. Dr. Balamurugan A/L A.Gopal dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka Ir. Hj. Mohamad Salzeli Moktar.

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.