Pengurniaan Watikah Pelantikan

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama Duta Besar Malaysia ke Algeria Rizany Irwan Muhamad Mazlan (kanan) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin (kiri) pada Pengurniaan Watikah Pelantikan di Istana Negara hari ini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani (dua, kanan).

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama ketua perwakilan asing ke Malaysia pada Pengurniaan Watikah Pelantikan di Istana Negara hari ini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan,Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani dan Ketua Protokol Wisma Putra Datuk Yubazlan Yusof.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.