Berkenan Melawat Kawasan Tanah Runtuh

CAMERON HIGHLAND 21 Okt– Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan bercemar duli berangkat ke Persembahan Taklimat Pengurusan Bencana Tanah Runtuh Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Tapak Parkir KOA Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highlands.
Baginda juga turut berkenan untuk melihat sendiri kawasan kejadian tanah runtuh serta menyampaikan kurnia sumbangan kepada 12 ketua isi rumah (KIR) melibatkan 70 orang mangsa. Turut hadir Meteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.