KUALA LUMPUR, 17 Okt -– Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (enam, kiri) bersama Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar (enam, kanan) ketika sesi bergambar selepas Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Pusat Media dan Komunikasi 2024 di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) UIAM Kampus Kuala Lumpur hari ini.
Persidangan antarabangsa tersebut dianjurkan Pusat Media dan Komunikasi (COMET) Abdul Hamid A Abu Sulayman Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHASKIRKHS) UIAM yang bertemakan ‘Communication and Media Pause: Reflection Valuesand Impacts’ itu membincangkan cabaran industri media dan komunikasi dalam era digital, termasuklah penyebaran maklumat pantas.