KUALA LUMPUR 14 Okt — Hari ini merupakan hari pertama Mesyuarat Ketiga, Penggal ke-3, Parlimen ke-15 bersidang. Kelihatan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir bersama rakan-rakan Ahli Parlimen untuk memulakan agenda dan membahaskan isu penting negara pada sesi kali ini.Persidangan akan memberi tumpuan utama kepada Belanjawan 2025 demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.