PRK: ‘Syed Hussien Pilihan Terbaik Untuk Mahkota’ – Abdul Rahman

KLUANG, 27 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyifatkan calon Barisan Nasinal (BN), Syed Hussien Syed Abdullah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai pilihan terbaik kepada rakyat di kawasan ini.

Katanya, ini kerana sebagai calon yang di ketengah BN sudah pasti Syed Hussien sudah melepasi syarat-syarat yang telah digariskan parti.

“Syed Hussein telah diuji pemilihan ini melalui berbagai-bagai proses. Malah sudah pasti beliau yang merupakan seorang ketua pemuda ini seorang yang sangat-sangat dikenali.

“Saya dengar waktu bertemu dengan beberapa penduduk, mereka menyatakan bahawa Syed Hussein ini juga adalah merupakan anak muda kepada orang yang sentiasa memperjuangkan masyarakat.

“Saya tengok pergaulan beliau sangat baik dan setiap tempat beliau hadiri mendapat sambutan yang begitu baik sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UMNO Online pada Sesi Sembang Santai bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), semalam.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Lipis dalam pasa itu berharap rakyat untuk tidak mudah terpengaruh dengan sentimen negatif dibawa lawan pada akhir-akhir kempen.

“Saya minta kepada pengundi jangan mempercayai kena melihat perkara sebenar. Kadang-kadang perkara yang tidak wujud, mereka wujudkan.

“Serangan-serangan ini adalah musuh mencari publisiti murahan,” ujar beliau.

Untuk rekod PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat pendarahan dalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 Sept.

BN mewakili Kerajaan Perpaduan menampilkan Syed Hussien, 40, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang sebagai calon manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan bekas jurulatih dan pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.