KUALA LUMPUR, 12 Julai — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (enam, kanan) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (lima, kanan) berkenan bergambar bersama penerima watikah pelantikan Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara di Istana Negara hari ini.
Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Lim Juay Jin, Duta Besar Malaysia ke Jepun Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar.