PUTRAJAYA – Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turun padang untuk bertemu dengan peniaga-peniaga di pasar P8 dan mendengar keluhan mereka. Beliau juga secara santai bertemu dengan pengunjung pasar untuk menyelami permasalahan rakyat khususnya berkaitan harga barangan yang meningkat.